Wednesday 21 November 2012

sabar ye duhai sahabat

Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki.
Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.
Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.
Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.
"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."
Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.

Thursday 14 June 2012

friends till jannah



friends till jannah. . .
hmmm. . .oh lupa plak salam...
assalamualaikum. . .how about you there, yang tgh bca post i nih?
aq dpt title nih time aq stay up smlam untuk tgok criter k.a.m.i smlam. . .
criter byk gila-gila ckp psal friendship. . .
osem gler arh gua ckp sma lu. . .
oke...skrg nih ap yg korg fham tntg k.a.w.a.n?
kwan = insan yg dkurniakn ALLAH kpd kita utk beri warna kpd life kta...mcam pelangi la ktekan...
klu tanpa pelangi dekat langit mesti bosan... 
Cuba imagine klu hidup
kita kita x der kwan?mesti boringkan..? that's why ALLAH bgi kita kwan sebagai tempat  kita
berkongsi suka n duka.... Tapi sayangkan, lumrah manusia, x pernah nk bersyukur dan hargai satu
kurniaan ALLAH yang amat bernilai buat kita.... Nilai persahabatan tiada tandingan  nya dengan duit 
sejuta.. Hargailah persahabatan kta, sbb kwan yg sejati ssah nk cri >>
'kwan sejati = org yang sanggup berada disisi kita ketika kita perlukan sokongan, walaupun saat itu
dia sepatutnya berada di tempat lain yang lebih baek!!''
Namun, dalam persahabatan, dah menjadi lumrah akan berlakunya pergaduhan, perselisihan faham,
hasad dengki dan laen2... Itu tandanya persahabatan kita sedang diuji... Sejauh mana setianya kita
pada kawan kita?? Sejauh mana sayangnya kita pada kwan kita?? Jadi,,, dalam persahabatan,, kita
perlu sentiasa  sabar menghadapi kerenah kwan kita... biasalah... korangpun mesty ada krenah korang jugakkan..??? Kalau korg terasa dengan apa-apa perkataan yang keluar dari kwn kita,,, anggaplah
benda tu gurauan walaupun ia amat menyakitkan . Fikir secara positif..'ALL IS WELL'.. Mungkin
dya x der niat nk sketkn ati korg.. Samalah mcm kita.. kadang-kadang kita pun ada jugak kan terlpas
ckp,, tapi x der niat pon kan..
teringat pulak satu cerita nih... Maybe korg da tau criter nih..

Korang still ingat x sahabat nabi yang bernama Abu Bakar As-Siddiq...??? Abu Bakar nie adalah
 sahabat nabi yang besama nabi ketika Nabi berhijrah ke madinah. Keimanan Abu Bakar sangat
tinggi..

"Jika ditimbangkan keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat manusia, maka berat lagi
keimanan Abu Bakar.."
 (Riwayat al-baihaqi)

Daripada menjadi sahabat perniagaan dengan nabi hingga menjadi sahabat karib. Sayangnya
rasulullah terhadap Abu Bakar sehingga baginda meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar:

“ Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika
orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah
beriman kepadaku ketika orang mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku
dalam keluh kesah, sesungguhnya tiada siapa pun , biar apa sekali yang dilakukan buat diriku yang
dapat menyamai apa yang dibuat olehmu"

Ketika Abu Bakar bersama Rasulullah menghadapi kepayahan dalam peristiwa hijrah, beliau telah 
dipatuk ular sewaktu berada didalam gua hira'.. Waktu itu, Rasulullah tgh tidur. Abu bakar sanggup
menahan kesakitan dipatuk ular semata-mata tidak mahu Rasulullah terjaga dari tidur..
Subhanallah.... Besarnya pengorbanan seorang sahabat.. Cuba kamu semua bayangkan jika  kamu
semua berada di tempat Abu Bakar ketika itu???? Sanggupkah kamu menahan sakitnya bisa ular
yang mengalir dalam tubuh kamu semata-mata tidak mahu sahabat kamu terjaga dari tidur?? Seolah-
olah kamu mempertaruhkan nyawa kamu untuk sahabat kamu.... Betapa ikhlasnya kasih sayang Abu
Bakar terhadap Rasulnya yang juga merupakan sahabatnya....

aq penah bca stu buku ni. . .
klu kta nak tgok yg dya btol2 ikhlas kwn ngan kita. . .
cuba korang gadoh ngan dya. . .
lps tuh. . .cuba tnya kwn yg rapat ngan dya. . .
tentang rahsia korang. . .
klu x der tuh that's mean dya btol2 ikhlas kwn ngan korg. . .
fham ark?
cmtulh lah lbey kurang. 

DOA UNTUK SAHABAT


YA ALLAH
•andai sahabatku resah, tenangkan hatinya dengan makrifahMu
•andai sahabatku terancam, Lindungi jasadnya dengan kebesaranMu
•andai tubuhnya kedinginan , selimutkanlah dengan dengan kehangatan kasih sayangMu
•andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya dengan saat ingin bertemu MU


YA ALLAH
 jangan kau biarkan jiwanya,hatinya dan jasadnya terpesona dengan duniawi
 Berikanlah kejayaan padanya di duniaMu dan diakhiratMu kelak 

semoga dirinya itu saudaraku selamanye...
hanya secebis doa kudusku untuk kalian....

Thursday 8 March 2012

tips untuk tak gembira

Pelik tak? Orang lain bagi tips untuk happy, aku bagi tips untuk tak gembira! Ape ke gila? Anyway, senang je... just avoid this 10 things

1. Complain... complain.. complain... kutuk sana sini.. Semua benda ko tak puas hati.. Asyik complain je sampai ko lupa dan ko abaikan benda yang indah-indah .. 

2. Mengelak dari masalah dan cabaran. Hidup ko hari-hari benda yang same je.. Makan, tido, keje, berak.. Come on... hidup mesti ada cabaran kan, takkan nak duduk dalam comfort zone je.. Bila ada problem, fikir cmana nak selesaikan problem tu, bukan mengelak ye
3. Sibuk membandingkan diri anda dengan orang lain. Bandingkan plak apa yang kita takde. Jangan gitu ok.. bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. baru lah hepi :)

4. Bimbang dengan perkara yang belum berlaku lagi. Kita sibuk fikir benda2 yang tak jadi lagi. Asyik terkalau-kalau, dan asyik benda yang tak elok... Pessimist la orang kata

5. Asyik fikirkan masalah, sampai terbawak-bawak dalam mimpi.... Tapi bukan nak selesaikan pun!
Sapai mati pun problem tak akan selesai... hohoho

6. Buat benda yang kita TAK SUKA!

7. Setia dalam hubungan yang tidak menjamin apa-apa. Tak semestinya hubungan percintaan, hubungan persahabatan pun boleh je. Contohnya: Ko kawan dengan orang yang selalu buat ko down.. For what? Tak pun kawan ko yang selalu berfikiran negatif.. lama-lama ko pun jadi macam dia.. Rugi kan?

8. Cuba untuk mengubah orang lain. Sebenarnya, ko tak boleh nak ubah orang melainkan dia sendiri nak berubah. Apa yang kita boleh buat ialah, cuba menasihati. Tapi kalau dia tak berubah? Dia yang rugi! Ko jangan nak kecewa plak...


JOM KITA ELAKKAN PERKARA-PERKARA INI!

TAK ELOK!

:)
source: blog razfira

Thursday 29 December 2011

penantian itu satu penyeksaan

Penantian satu penyeksaan? Tak tepat. Penantian bersama-bersama dengan Allah adalah satu kemanisan. Usaha kerana Allah, tawakkal pada Allah....Penantian satu penyeksaan? Tak tepat. Penantian bersama-bersama dengan Allah adalah satu kemanisan. Usaha kerana Allah, tawakkal pada Allah....

Pada saya, sia-sia angan2 begini. Penantian yang ada hasil pula, adalah penantian yang pakej. Ada cinta, ada berkenan dalam hati, ada usaha zahiriah (cth:study sungguh2, kerja betul2 cari duit), dan ada usaha batiniah (tahajjud malam sungguh2 sbgmana entri saya sebelum ni), sabar disertai dengan tawakkal akhir sekali.

Usaha suku, jiwang suku. Tak campurkan usaha dengan perasaan dlm hati dengan berlebihan. Bila usaha tu dicampurkan dengan rasa cinta dalam hati yang membuak-buak, usaha tu tak lagi kerana Allah. Tapi kerana nafsu dan kehendak sendiri. Ikut hati, mati, ikut nafsu, lesu. Ingat, kawal perasaan. Bila dah dapat kahwin nanti, luahkanlah sejuta rasa jiwang pada si dia pun takpe dah. Dalam mencari jodoh, makin anda tak kenal si dia sebelum kahwin, makin baik. Nanti banyak benda boleh borak lepas kahwin tentang diri masing-masing. Ni kalau semua cite pun dah tau sebelum kahwin, boring taktau nak cakap pasal apa dah nanti. Kan kan kan?

Sabar kunci kejayaan. Saya tahu anda mungkin sangat-sangat nak,cinta, syg kat pasangan anda tu. Kalau boleh, saat ni gak anda nak luahkan rasa tu, "awak, saya sayang awak.", "awak, saya rindu sangat-sangat!." Lek luh. Jika anda rasa satu kepuasan dan kemanisan dpt luahkan perasaan pada pasangan,dan dapat respon baik dr pasangan lak tu, setkan dalam kepala.

"Alah, yang ni hanya dapat 1 kemanisan, kalau lepas kahwin aku dapat 1 juta kemanisan. Jadi, sabar dulu, kejar yang 1 juta. Tinggalkan yang seketul."


Sama gak macam yang berzina dan hampiri zina, sampai bila korang nak bermiang2 tanpa nikah? Dah gatal sangat, nikahlah, pastu boleh gauli isteri sampai mati. Allah lagi suka.


Akhir kata, Nabi SAW pun romantik dan jiwang gak. Tapi jiwang Baginda SAW adalah selepas nikah. Jom kita tengok ayat-ayat jiwang Nabi SAW. Rasulullah pernah bersabda mengenainya cintanya pada Siti Khadijah:

"Sungguh aku telah mendapatkan anugerah berupa cintanya." dan "Sesungguhnya aku mencintai orang-orang yang mencintainya." Apatah lagi hendak melupakan Saidatina Khadijah, tidak sekali-kali. Kata Nabi SAW: "Tidak. Demi Allah, dia tidak pernah memberi ganti untukku seorang isteri yang lebih baik daripadanya."


Semua ini adalah kata-kata selepas Nabi SAW sudah berkahwin dengan Saidatina Khadijah r.a. malah berlanjutan sehingga setelah kewafatan Khadijah r.a. Nabi SAW lagi romantis berbanding kita.

Penantian kosong memang satu penyiksaan. Penantian 'berisi' memang satu kemanisan. Buah sabar itu bila masak, tersangatlah manis. Tidak akan buruk, tidak akan lemau. Makin lama, makin manis. Begitu juga syurga Allah, makin lama kita beribadat, makin khusyuk, makin tawaddhu', makin terasa manisnya syurga. Sabarlah. InsyaAllah, sandar pada Allah segala-gala.

Fuh! Sangat best bila awal-awal lagi dah confirm tahu Rasulullah SAW sedang menanti kita yang selalu berselawat dan ikut kata Nabi SAW di telaga Kauthar akhirat kelak. Siap-sedia untuk beri kita syafaat.

About Me

My photo
idop tangungan makbapak lgi mcey muda dan x trlalu tua happy slalu n lucky x slalu...